BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 3, 2009

THERE ARE SOME PhAMA CODE HAT WE SHOULD KNOW.......

• "pharmaceutical product" means any pharmaceutical or biological product (irrespective of patent status and/or whether it is branded or not) which is intended to be used on the prescription of, or under the supervision of, a healthcare professional, and which is intended for use in the diagnosis, treatment or prevention of disease in humans, or to affect the structure or any function of the human body.


• "promotion" means any activity undertaken, organized or sponsored by a member company which is directed at healthcare professionals to promote the prescription, recommendation, supply, administration or consumption of its pharmaceutical product(s) through all media, including the internet.


• "healthcare professional" means any member of the medical, dental,pharmacy or nursing professions or any other person who in the course of his or her professional activities may prescribe, recommend, purchase, supply, or administer a pharmaceutical product.


• "company" means any company that is a member of PhAMA."Company" can refer to national companies and/or the worldwide
parent company.


1.3 Exclusions: This Code does not seek to regulate the following activities:


• Promotion of self-medication products that are provided"over the counter" with or without prescription.


• Pricing or other trade terms for the supply of pharmaceutical products.


• The conduct of clinical trials.

• The provision of non-promotional information by member companies.

P h A M A (THE PHARMACEUTICAL ASSOCIATION OF MALAYSIA)

P h A M A



THE PHARMACEUTICAL ASSOCIATION OF MALAYSIA


 ITS MISSION:


PhAMA's mission is to foster the continued viability and growth of an innovative


pharmaceutical industry through the provision of quality healthcare products and services


in Malaysia.


OUR OBJECTIVES:


• To contribute towards better healthcare for all Malaysians by promoting accessibility to quality, cost-effective pharmaceutical products.


• To encourage all phases of research, development and manufacturing of pharmaceutical products in Malaysia.


• To liaise with and encourage the co-operation of all allied healthcare


organisations and government institutions for the enhancement of health standards in Malaysia.


• To encourage responsible self-medication and increasing consumer awareness of quality use of pharmaceuticals via consumer education in Malaysia.


• To promote a positive view of the industry's role, motives and performance through effective dialogues and communications with consumer influencers and the government sector.


• To encourage the provision of adequate manpower for the pharmaceutical industry and to upgrade the skills and knowledge of industry workforce especially the medical representatives.


• To monitor and encourage compliance with a set of Marketing Practices.

Peranan Ahli Farmasi Dalam Kesihatan

Keberkesanan bidang perubatan hanya boleh dilihat bilamana pengurusan serta penggunaan ubat-ubatan adalah efisien dan rasional. Fenomena ini penting dan berlaku bukan sahaja di negara-negara sedang membangun seperti Malaysia, malah di negara-negara maju. Di negara-negara maju, aktiviti-aktiviti profesional yang melibatkan pengagihan, pembekalan dan pendispensan ubat-ubatan adalah amat diperlukan sejajar dengan kecanggihan teknologi serta kekompleksan sistem penjagaan kesihatan moden. Di akhir abad ke-20 ini, persoalan ekonomi yang berkaitan dengan kos perbelanjaan kesihatan sangat hangat diperbincangkan. Kajian telah menunjukkan bahawa ubat merupakan salah satu cara yang berkesan serta murah jika dibandingkan dengan kaedah lain dalam menentang penyakit. Oleh yang demikian, ahli farmasi mempunyai peranan penting dalam sistem kesihatan sesebuah negara dan dapat bertindak demi kepentingan pesakit dan masyarakat dalam menentukan ubat-ubat digunakan secara rasional dan berkesan. Peranan ini telah diperluaskan daripada "product-oriented" kepada "patient-oriented".


Kepakaran dan Pengetahuan Ahli Farmasi



Kamus Webster mendefinisikan farmasi sebagai "seni atau praktis penyediaan, pengawalan, pencampuran dan pendispensan ubat-ubatan". Definisi ini tidak tepat. Ia tidak mengaitkan dengan misi profesion farmasi iaitu "memastikan ubat digunakan oleh pesakit secara rasional dan ubat tersebut adalah selamat dan berkesan".



Sumbangan ahli farmasi kepada sistem penjagaan kesihatan dalam sesebuah negara bergantung kepada pengetahuan dan kepakaran yang diperolehi daripada program atau sistem pendidikan di universiti-universiti tempatan (contoh: Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia) ataupun di luar negara (contoh: Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia). Proses ini akan diikuti dengan program latihan "housemanship" atau pra-pendaftaran selama satu tahun. Latihan wajib ini boleh dilakukan di institusi-institusi seperti hospital, unit penguatkuasaan farmasi, Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan, dan syarikat farmaseutikal atau kedai farmasi komuniti yang dibenarkan oleh Bahagian Farmasi di Kementerian Kesihatan Malaysia. Latihan "housemanship" ini adalah penting bagi proses pendaftaran ahli farmasi.



Melalui pendidkan asas di peringkat ijazah dan latihan pra-pendaftaran, pelajar-pelajar akan memperolehi kefahaman berkaitan prinsip-prinsip serta teknik-teknik saintifik dalam bidang farmaseutikal seperti kimia farmaseutik, fisiologi, farmakologi, teknologi farmaseutik dan farmasi klinikal. Selain bidang-bidang ini, pelajar-pelajar farmasi juga didedahkan kepada bidang farmasi sosial yang melibatkan statistik, kemahiran komunikasi, farmakoekonomi, farmakoepidemiologi, farmakoinformatik, dan perundangan, etika dan polisi farmasi. Di samping itu, pelajar-pelajar digalakkan mengambil kursus-kursus berkaitan dengan pengurusan dan pemasaran. Pengetahuan dan kepakaran yang didapati di peringkat asas merangkumi aspek-aspek yang berkaitan dengan mekanisme tindakan, penyediaan, distribusi, dan penggunaan ubat-ubatan. Pengetahuan dan kepakaran yang ahli farmasi boleh dipertingkatkan melalui program-program pendidikan berterusan dan melalui program-program sarjana atau kedoktoran.



Skop Farmasi dan Bidang Tugas Ahli Farmasi



Tanggungjawab yang dipikul oleh ahli farmasi menjadi semakin penting dengan pembangunan ubat-ubat baru hasil penyelidikan oleh para saintis. Tanggungjawab ini khusus berkaitan dengan penggunaan drug secara rasional dan perlindungan masyarakat daripada kemudaratan ubat-ubatan semasa menggunakannya.



Seorang ahli farmasi boleh bekerja sama ada di hospital, kedai farmasi komuniti, industri farmaseutikal, unit penguatkuasaan farmasi, Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Universiti atau Bahagian Farmasi di Kementerian Kesihatan Malaysia Matlamat utama ahli farmasi di dalam semua organisasi ini ialah memastikan terapi drug yang optimum dan rasional melalui penglibatan mereka di dalam proses penyediaan, distribusi dan pengawalan ubat-ubatan dan produk farmaseutikal yang lain serta membekalkan maklumat kepada mereka yang mempreskripsi (contoh: doktor dan pembantu perubatan) dan menggunakan (contoh: pesakit) produk farmaseutikal.


Farmasi Hospital

Terdapat lebih kurang 300-350 ahli farmasi yang bertugas di hospital-hospital seluruh negara. Farmasi hospital bertanggungjawab membekalkan dan mengurus semua aspek yang berkaitan dengan penggunaan ubat bagi pesakit dalam wad dan juga pesakit luar (ambulatori). Ini termasuklah perkhidmatan farmasi klinikal seperti pemonitoran ubat-ubatan terapeutik, penyediaan nutrisi parenteral, kaunseling pesakit dan lain-lain. Misi Jabatan Perkhidmatan Farmasi ialah untuk memastikan seluruh masyarakat memperolehi produk farmaseutikal dan produk pemelihara kesihatan yang berkualiti, selamat dan berkesan termasuk nasihat mengenai penggunaannya secara rasional. Pemberian terapi drug secara optimum kepada semua pesakit dalam dan luar akan memastikan penjagaan kesihatan mereka adalah berkualiti tinggi dan berkesan kos.


Perkhidmatan farmasi yang asas yang dipraktikkan sebelum ini melibatkan perkhidmatan seperti farmasi bekalan wad, farmasi pesakit luar, perolehan dan iventori. Praktis farmasi terutamanya di hospital-hospital kerajaan, telah dipertingkatkan dengan pemberian perkhidmatan farmasi klinikal untuk memperbaiki terapi ubat dan pengurusan semua aspek yang bersangkutan dengan terapi ubat terhadap pesakit. Justeru itu, ahli farmasi harus membuat pengkhususan dalam bidang-bidang farmasi klinikal tertentu seperti yang tercatat dalam Jadual 1. Praktis farmasi di hospital di masa hadapan akan terus berkembang dan adalah dijangkakan ramai ahli farmasi akan memegang peranan sebagai ahli farmasi klinikal atau menghabiskan sebahagian daripada masa mereka membekalkan perkhidmatan penjagaan kesihatan pesakit secara langsung. Penyediaan dan distribusi ubat pula akan dikendalikan oleh mesin berkomputer dan kerja-kerja teknikal akan dilakukan oleh pembantu farmasi.


Farmasi Komuniti


Selain klinik, farmasi komuniti merupakan tempat yang paling mudah dikunjungi orang ramai. Ahli farmasi komuniti membekal ubat-ubatan berpreskripsi dan tanpa preskripsi kepada pesakit atau pelanggan. Aktiviti professional ahli farmasi komuniti juga melibatkan kaunseling kepada pesakit semasa mendispenkan ubat- ubatan berpreskripsi dan tanpa preskripsi. Praktis sistem perubatan di kebanyakan negara adalah berlainan dengan Malaysia. Di negara-negara seperti Amerika Syarikat, Jerman, Indonesia dan India, proses mempreskripsi ubat dan pendispensan ubat adalah berasingan. Pesakit akan berjumpa doktor di klinik untuk mendapatkan diagnosis, nasihat serta preskripsi ubat, dan kemudian berjumpa ahli farmasi komuniti untuk mendapatkan ubat yang berkenaan. Di Malaysia proses pengdiagnosan penyakit, mempreskripsi dan pendispensan ubat dilakukan oleh doktor di klinik-klinik. Dalam hal ini, ahli farmasi komuniti hanya menumpukan aktiviti perniagaan mereka kepada penjualan ubat-ubatan tanpa preskripsi. Dalam pada itu, mereka juga menjual ubat-ubatan tradisional dan alternatif, bahan-bahan kosmetik, bahan-bahan penjagaan bayi dan peralatan perubatan (contoh: kerusi roda, termometer).


Aktiviti-aktiviti profesional ahli farmasi komuniti di Malaysia adalah terhad dan berkurangan jika dibandingkan dengan praktis di negara-negara maju. Di negara-negara membangun, aktiviti utama ahli farmasi komuniti adalah:
memproses preskripsi


perkhidmatan farmasi klinikal termasuk kaunseling


pemonitoran pengunaan ubat


penyediaan dan memformulasi ubat-ubatan (contoh: sediaan salap, krim)


mempromosi kesihatan


perkhidmatan lawatan farmasi (contoh: kaunseling) ke tempat tinggal (contoh: institusi wargatua)


praktis pertanian dan veterinar


Industri Farmaseutikal


Industri farmaseutikal di Malaysia adalah terdiri daripada syarikat-syarikat tempatan dan syarikat-syarikat multinasional. Industri farmaseutikal merupakan salah satu industri yang paling banyak menghadapi persaingan perniagaan. Kemampuan untuk bersaing banyak bergantung kepada pembangunan produk-produk baru. Di dalam proses pembangunan produk-produk farmaseutikal, ahli farmasi dengan pengetahuan dan kemahirannya boleh memainkan peranan yang sangat penting. Aktiviti-aktiviti utama ahli farmasi di industri farmaseutikal adalah seperti berikut:




penyelidikan dan pembangunan


pengilangan dan jaminan mutu


pendaftaran ubat dan permohonan


kajian klinikal dan pengawasan ubat selepas pasaran


penjualan dan pemasaran


pengurusan dan pentadbiran


Akademia


Ahli farmasi yang berkecimpung dalam bidang akademik akan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti pengajaran, penyelidikan, perundingan dan penerbitan. Program farmasi di peringkat ijazah, lepasan ijazah serta pendidikan berterusan memerlukan pensyarah-pensyarah yang mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang farmaseutikal dan sentiasa memastikan matlamat profesional dan vokasional pendidikan farmasi tidak diabaikan. Mereka juga harus tahu kepentingan interaksi antara pendidikan dan penyelidikan dengan perkhidmatan farmasi.
Ahli-ahli farmasi boleh menjadi pensyarah dalam bidang-bidang seperti kimia farmaseutik, fisiologi, farmakologi, teknologi farmaseutik, farmasi klinikal dan farmasi sosial. Pensyarah-pensyarah dalam disiplin selain farmasi klinikal tidak terlibat secara langsung dengan pesakit. Sebaliknya, bidang sains asas (contoh: kimia farmseutik, fisiologi, farmakologi, teknologi farmaseutik) hanya mementingkan penyelidikan dalam makmal yang banyak bergantung kepada alat-alat atau mesin-mesin yang canggih, kaedah analitis dan model haiwan. Pensyarah- pensyarah farmasi klinikal mempunyai peranan yang penting terhadap penjagaan pesakit dan perkhidmatan farmasi klinikal. Pensyarah-pensyarah farmasi sosial pula menumpukan pengajaran serta penyelidikan dalam hal-hal yang berkaitan dengan sains tingkahlaku, ekonomi, epidemilogi, polisi, pengurusan dan pemasaran. Penyelidikan farmasi sosial selalu menggunakan kaedah kajian bukan eksperimental dan penganalisisan statistik untuk menyelesaikan masalah yang kompleks.


Lain-lain


Kementerian Kesihatan Malaysia mempunyai satu jabatan yang bertanggungjawab terhadap perkara-perkara yang bersangkutan dengan farmasi. Pengarah Perkhidmatan Farmasi Malaysia akan mengetuai jabatan ini. Ahli-ahli farmasi yang bertugas di bahagian farmasi ini akan berperanan dalam menjaga soal-soal keprofesionalan farmasi (contoh: pendaftaran ahli farmasi, tenaga manusia, latihan), melibatkan diri dalam membuat perundangan dan polisi ubat-ubatan dan kesihatan. Mereka berkerjasama dengan ahli akademia serta persatuan farmasi dalam hal-hal yang berkaitan dengan kurikulum program farmasi di universiti. Mereka juga menjalankan program pendidikan berterusan bagi ahli-ahli farmasi.
Ahli-ahli farmasi di Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan mempunyai beberapa bidang tugas yang berkaitan dengan produk farmaseutikal. Mereka menentukan keselamatan, keberkesanan dan mutu ubat-ubat termasuk keselamatan dan mutu ubat -ubat tradisional. Di antara aktiviti yang mereka jalankan ialah:


menilai dan mendaftar ubat-ubat (racun, bukan racun, entiti kimia baru, tradisional) dan kosmetik sebelum dibenarkan untuk pasaran


surveilans


farmakovigilans


pelesanan (pengilang, pengimport dan pemborong ubat)


memonitor serta merekod kesan mudarat ubat-ubatan lepas pasaran


memeriksa kilang-kilang farmaseutikal (Amalan Pengilangan Baik dan komplians)


perkhidmatan maklumat ubat dan penerbitan


analisis ubat


Unit Penguatkuasaan Farmasi adalah satu badan yang sangat penting. Unit ini terdapat di setiap negeri. Di antara aktiviti-aktiviti Unit Penguatkuasaan Farmasi adalah:


membuat pemeriksaan mengejut ke atas mana-mana premis yang mempunyai lesen racun


mengambil bahagian di dalam serbuan ke atas premis-premis yang menjual racun secara haram


memeriksa dan menapis aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pengimportan ubat-ubat/bahan kimia/kosmetik dan bahan-bahan herba


melakukan pemeriksaan ke atas klinik-klinik dan hospital swasta agar mematuhi kehendak undang-undang


membuat pemeriksaan ke atas premis yang memohon lesen borong/import


memeriksa perkara-perkara yang berkaitan denga pengimportan, penjualan dan;


bertindak sebagai pegawai pendakwa di mahkamah


Perkembangan industri penhagaan kesihatan dan perubahan dari segi sosio- ekonomi, teknologi dan politik negara yang mempengaruhi sektor kesihatan menjadikan organisasi farmasi yang profesional amat penting. Sebuah persatuan farmasi yang dinamik dan progresif akan memberi kesan yang positif kepada ahli- ahlinya dan profesion farmasi secara keseluruhan. Di Malaysia, terdapat hanya satu persatuan yang mewakili semua ahli-ahli farmasi yang dinamakan sebagai Persatuan Farmasi Malaysia. Ia juga mempunyai cawangannya di setiap negeri. Di antara tugas-tugas yang dijalankan oleh ahli-ahli farmasi yang jawatan dalam persatuan tersebut ialah pentadbiran dan pengurusan, penerbitan dan dokumentasi, penglibatan dalam proses penggubalan undang-undang yang berkaitan dengan farmasi, perhubungan awam dan program pendidikan berterusan bagi ahli- ahli farmasi.


Amalan Profesional Farmasi


Amalan profesional ahli farmasi berkait rapat dengan misi profesion iaitu memastikan pesakit menggunakan ubat dengan selamat dan berkesan. Pengetahuan khas dan kemahiran yang sesuai serta sikap yang positif terhadap kebajikan pesakit adalah begitu penting. Perkara-perkara ini diperlukan untuk menyelesaikan masalah kesihatan yang dihadapi oleh setiap pesakit dan penting bagi mengetahui keperluan serta perasaan pesakit. Oleh itu, amalan profesional farmasi harus bersandar kepada 3 faktor berikut:


Sains Farmaseutikal Asas


Farmasi Klinikal


Farmasi Sosial


Oleh itu, amalan profesional farmasi memerlukan kognitif yang diperolehi melalui pendidikan dan pengalaman. Di antara amalan-amalan tersebut ialah:


penglibatan dalam membuat keputusan berkaitan proses penggunaan ubat


pemilihan produk ubat yang sesuai


pemilihan sumber pembelian dan pembekalan ubat-ubatan


penentuan skedul dos dan dosej ubat


penyediaan ubat untuk pesakit


membekal ubat kepada pesakit


membekal maklumat ubat kepada pesakit


memastikan komplians pesakit adalah maksimum


mengesan kesan mudarat ubat dan interaksi ubat


memastikan keputusan akhir terapi adalah yang terbaik


Kesemua fungsi di atas adalah berorientasikan pesakit dan amalan-amalan tersebut memastikan ubat digunakan secara rasional. Amalan-amalan ini adalah penting bagi masa depan profesion farmasi.


Peraturan dan Perundangan


Ahli farmasi dalam tugas hariannya adalah terikat dengan peraturan dan perundangan yang tertentu. Pertama, peraturan dan perundangan yang berkaitan dengan mereka sebagai seorang ahli farmasi dan golongan profesional. Kedua, peraturan dan perundangan yang berkaitan dengan ubat-ubatan (contoh: narkotik), ketiga, peraturan yang bersangkutan dengan kos etika (contoh: persoalan prinsip moral) profesion farmasi yang mengawal aktiviti-aktiviti harian ahli farmasi.


Kesimpulan
Pemberian penjagaan kesihatan adalah satu proses multiprofesional. Kerajaan dan masyarakat sentian menitikberatkan soal-soal yang berkaitan dengan ubat-ubatan. Ahli farmasi dengan pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam bidang mereka seharusnya berganding bahu dengan ahli profesional kesihatan yang lain dalam memastikan penjagaan kesihatan terhadap pesakit (contoh: terapi ubat) adalah optimum dan terbaik. Mereka harus memastikan bahawa pesakit-pesakit yang menerima rawatan memperolehi perkhidmatan yang berkonsepkan "Total Pharmaceutical Care".